Cinta dan Hidup

Dalam memahami erti hidup, aku sedar bahawa apa yang aku harapkan tidak akan dapat kugenggaminya. Yang aku harapkan dalam bentuk cinta daripada manusia tidak akan dikembalikan kepadaku. Aku redha akan perkara ini. Tetapi aku sedar, bahawa meletakkan pengharapan kepada Sang Pencipta, Allah yang Maha Mulia memberikan ketenangan kepada jiwaku. Aku sedar, dan aku faham, bahawa apa yang tidak diberikanku di dunia, hanya aku harapkan akan diberikan di akhirat kelak. Allah Maha Menyantuni, dan dia sangat memahami hamba-hambaNya lebih dari kita memahami diri kita sendiri. Dan inilah yang selalu membuat aku yakin bahawa mencintai Allah yang telah menciptakan diriku ini lebih bermakna dan lebih bermanfaat daripada mencari cinta daripada manusia.

Cinta, kalau disalah tafsirkan, akan memberi erti hidup yang kurang bermakna, dan aku akui, bahwa kita tak terlepas daripada memberi tafsiran yang kurang mendalami jiwa. Pengalaman hidup memberi kita peluang untuk mengupas erti kata cinta ini, dengan bergaul dengan masyarakat, mendalami ilmu dengan mendekatkan diri kepada orang-orang alim dan soleh, mendekatkan diri kepada kedua orang tua, dan menyayangi anak-anak kecil, memberikan belas kasihan atas kemurnian mereka. Ramai juga orang mengembara ke luar negara, dari benua ke benua, dalam pengharapan satu hari kelak akan dijumpainya erti cinta yang sebenar.

Kesimpulannya, jika engkau yakin akan ganjaran yang akan diberikan Allah di akhirat kelak, aku pasti hati engkau akan tenang, kerana engkau tahu yang memberikan ganjaran itu bukan manusia, tetapi Sang Pencipta, Allah! Dialah yang telah menciptakanmu, Dialah yang telah memberimu rezeki untuk hidup, dan Dialah yang telah memberimu segumpal daging yang sangat mahal, yaitu jantung untuk terus bernafas dan jalankan hidup, beribadah hanya kepadaNya sahaja.

Ya Allah, berikanlah aku dan orang-orang yang membaca curahan hatiku ini ketenangan akal dan jiwa. Berikanlah mereka hidayah untuk terus mengupas erti hidup yang sebenar dengan mencariMu. Berikanlah apa yang mereka inginkan, jika tak di dunia, berikanlah yang terbaik bagi mereka di akhirat kelak, dan berikanlah mereka Syurga tanpa hisab. Aameen.

 

Sekian, curahan hati dalam bahasa melayu.

 

Advertisements